1. Kita mulakan dengan cerita MLM. Pastinya ramai yang kenal apa itu MLM atau Multi Level Marketing. Kalau pun tidak anda pernah menyertainya setidak tidaknya anda tentu pernah didatangi agen MLM atau ditawarkan untuk menjadi ahli atau MEMBELI Produk MLM.
2. Antara nama yang paling kerap digunakan atau dikaitkan dengan MLM dalam usaha menjayakan matlamat MLM sama ada mengajak anda untuk menyertai atau membeli produknya adalah penulis terkenal Dunia Robert Kiosyaki. Lebih spesifik lagi, hal ini dirujuk kepada buku yang laris jualannnya iaitu 'kuasa pemasaran berantai'.
3. Apa kaitannnya dengan Doktor yang bakal MENGANGGUR...? Sabar... Teruskan membaca... kita fahami satu per satu...
4. Pemikir sendiri juga tidak terlepas dari menyertai MLM. Malah ianya bukan satu bukan dua dan bukan tiga, tetapi banyak yang telah di sertai oleh Pemikir dalam mengejar pendapatan PASIF yang di war warkan oleh syarikat MLM. Tidak segan Pemikir untuk menyatakan bahawa Pemikir juga tertawan dengan KERETA MEWAH yang di perlihat dan dipertontonkan kepada ahli oleh 'Upline' dalam mlm.
5. Bercerita sedikit berkaitan Kereta mewah ini, baru baru ini seorang blogger terkenal, Mazidul Akmal Sidik telah berjaya membuktikan bahawa kebanyakan kereta mewah yang dipamerkan itu, yang juga di war warkan sebagai milik 'Upline' rupanya adalah milik syarikat MLM. Jelas sekali banyak taktik mengelirukan pengguna dan ahli dalam MLM. Tidak perlu kita bercerita panjang lagi aan hal ini, kerana Pemikir yakin ramai telah sedar dan semakin KENAL siapa itu MLM dan Upline...
6. Sekali lagi, apa kaitannya dengan Doktor yang bakal menganggur?
7. Baiklah... Kita kembali kepada tajuk. Kalau anda pernah menyertai dan mendengar penjelasan berkaitan produk MLM, tentunya tidak susah untuk anda memahami apa yang Pemikir maksudkan.
8. Produk yang ada pada MLM selalunya adalah LUARBIASA, sama ada dari keterampilannya atau KEMUJARABANNYA. Inilah yang secara langsung bersangkut paut dengan Doktor Perubatan atau spesifiknya KERJAYA Doktor Perubatan. Apa tidaknya satu produk MLM biasanya boleh mengubati BANYAK Penyakit manakala Doktor Perubatan Pula tentunya malu kerana terpaksa memberikan BANYAK ubat untuk mengubati SATU Penyakit.
9. Bercakap tentang kemujaraban ubat MLM pula, anda pasti ada pengalaman mendengarnya. Bukan sekadar omong kosong tetapi lengkap dengan 'Bukti' berbentuk gambar video yang lebih dikenali sebagai testimoni... rasanya ia bukanlah tandingan untuk seorang doktor perubatan.
10. Sekali lagi, mereka yang menjual UBAT MLM ini 'LEBIH' hebat dari Doktor Perubatan dalam memberikan perincian ubat dan penyakit walaupun tidak pernah memiliki pendidikan formal dalam bidang perubatan. Dalam bahasa lainnya yuran perubatan mereka adalah FREE manakala mereka yang mahu menjadi Doktor perubatan memerlukan ratusan ribu untuk tujuan itu.
12. Bukan menidakkan keberkesanan ubal alternatif ini. Tetapi budaya MLM yang tidak merujuk kepada laporan saintifik dan bergantung kepada testimoni adalah sangat tidak membantu dalam memberikan khidmat terbaik kepada pengguna. Kepada pengguna pula, silalah rujuk kepada badan profesional sebelum menyesal...
13. Adakah sekarang anda semakin jelas dengan maksud Pemikir berkaitan tajuk di atas. Apa pula pandangan anda?