1. Blog menjadi medan yang kekal popular bagi ramai pelayar internet. Ia biasanya mendahului saluran berita 'Utama' namun tidak semuanya benar. Walaubagaimana pun ia tetap menarik perhatian pembaca atas alasan mudah di akses dalam budaya gadjet dan maklumat di hujung jari pada masa ini.
2. Semenjak itu, semakin ramai berkecimpung di arena blog. Perhatian ramai ini memberikan para Blogger peluang untuk menjana pendapatan. Namun, tidak semuanya baik bagi pembaca apa yang dilakukan oleh para blogger. Antaranya ialah... memaksa pembaca atau pelayar internet untuk Menekan LIKE terlebih dahulu sebelum kandungan blog mereka dipaparkan. Ianya dikategorikan oleh pelayar sebagai DIPAKSA tekan LIKE. Malah, kadang kadang LIKE yang dipaksa tersebut bukanlah hanya satu LIKE.
3. Blog blog sebegini memaparkan tajuk yang sangat menarik perhatian. Setelah ditekan LIKE... ramai pembaca kecewa kerana kebanyakan itu hanyalah helah untuk mendapatkan follower dan kandungan blog biasanya tidak MENARIK sebagimana tajuk yang dipaparkan. Malah ada yang menjadikan tajuk sebagai helah, malah tiada kaitan pun dengan gambar atau kandungan artikel.
4. Sebagai seorang blogger yang perlu mencari banyak sumber terhadap isu semasa yang berlaku. Pemikir turut menghadapi masalah ini. Ia biasanya membuatkan kita berasa kecewa dan ada kalanya marah. Apa tidaknya, setelah anda menekan LIKE, makan tentunya wall Facebook anda akan menjadi SEMAK dengan iklan iklan dari blog tersebut.
5. Apa pun pastinya pengguna semakin bijak menilai blog blog yang sebegini. Maka dengan ini saya cadangkan agar kita sama sama MEMBOIKOT blog yang sbegini untuk memudahkan kita mendapat maklumat dengan lebih mudah di masa hadapan.