Buku ini menceritakan pengalaman sebenar penulis dan beberapa rakan rakan yang terjebak ke lembah hutang dan bagaimana mereka mengatasinya serta bagaimana juga sebilangan mereka terus terperangkap dalam kehidupan berhutang. Adapun buku ini tidaklah bersandarkan teori kewangan yang ada namun lebih menceritakan langkah langkah kewangan yang telah dipraktikkan dikalangan rakan rakan dan diri penulis sendiri. Lebih bermakna lagi buku ini bukan sahaja membincangkan langkah pengurusan kewangan tetapi juga membincangkan pengurusaan jiwa dan perasaandi saat berhutang yang merupakan kunci kepada kejayaan langkah langkah perlu untuk keluar dari beanan hutang. InsyaAllah anda akan merasa lebih TENANG walau pun masih berhutang setelah membaca buku ini, tenanglah juga dalam menempuh hidup berhutang, seterusnya keluar dari bebanan hutang dengan sistematik. Allah adalah kunci kepada segalanya.
↧