1. Dalam peningkatan kos sara hidup di zaman moden ini, Pelbagai kaedah dilakukan untuk menambah pendapatan agar boleh hidup sama ada mewah atau selesa. Kebanyakan orang melakukan kerja sampingan atau melaburkan wang pendapatan yang sedia ada untuk mendapatkan pulangan yang lebih untuk kegunaan pada sesuatu yang diidamkan.
2. MLM, Pelaburan Emas, Pelaburan Token, Forex, dan Pelbagai lagi jenis pelaburan dan tidak ketinggalan pelaburan yang jelas menunjukkan sistem piramit adan melata dipasaran menantikan mangsa seterusnya.
3. Tidak dinafikan bahawa pelaburan pelaburan ini adalah pelaburan yang kebanyakannya sah di sisi undang undang. Tatapi, para menipulator sangat bijak memainkan peranan mereka dalam mengaburi mata peserta dan pelanggan. Anda buatlah kajian dan pemerhatian sendiri dan saya amat yakin jawapannya lebih kepada sesuatu yang MENGECEWAKAN berbanding KEJAYAAN. Dan pada akhir tahun 2014 ini, sekali lagi berlaku peningkatan dalam kaedah pelaburan sebegini yang pada saya menunjukkan bahawa KEGAWATAN ekonomi semakin hampir. Bersediakah Kita...?
4. Hakikatnya, kita sering terlupa akan perkara asas dalam pelaburan yang pasti menguntungkan, iaitu, SIMPANAN. Dalam keghairahan kita mengejar keuntungan SIMPANAN yang menjadi Asas kepada STRUKTUR KUKUH Kewangan, sering kita lupakan biarpun kita sering mendengar ungkapan "Bukan jumlah yang kita dapat yang menjadi persoalan, tetapi jumlah yang kita simpan" atau "Bukan jumlah gaji yang penting tetapi jumlah perbelanjaan dan simpanan yang kita buat dari gaji tersebut"
" );
(function() {
var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript';
nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js';
var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
6. Simpanan melalui kaedah ini akan menyebabkan anda akan kekurangan duit pada setiap bulan dan ini akan menjadikan ana terpaksa berjimat, yang mana berjimat adalah sangat susah untuk dilakukan sekiranya bergantung kepada kerelaan hati. hehehe kalau terpaksa InsyaAllah... Namun hakikatnya duit anda bukannya habis tetapi TER-SIMPAN dengan selamatnya dan sedia digunakan sekiranya berlaku kecemasan.
7. Lakukan, dan anda akan merasai kesannya. Nampak seperti perkara yang mudah tetapi percayalah ianya akan memberikan kesan besar pada KEWANGAN anda. Sekiranya simpanan syiling anda dah banyak, anda boleh mulakan langkah seterusnya dengan mencari tahun tahun tertentu yang mempunyai nilai numismatik. Sebagai contoh, syiling 10 sen tahun 1971 boleh dijual dengan nilai rm 500 ke rm 800 sekeping manakala syiling 50 sen tahun 1969 dengan mild edge pula boleh mencecah harga Ribuan ringgit. Pun begitu ini adalah sampingan. Tetapi yang pasti, menyimpan syiling pada tempoh yang lama akan memberikan nilai numismatik.
8. Maaflah tidak dapat menulis panjang lebar dan dengan teliti kerana kekangan masa. Rasanya setakat itu sahaja buat masa ini, InsyaAllah akan jumpa lagi di lain hari.
Oleh: Suara Pemikir