1. Silver (Perak) dan Emas senantiasa menjadi perhatian setiap orang sejak sekian lama. Apakah benar menyimpan emas dan perak (silver) ini menguntungkan.? Pada pandangan saya yang masih baharu dalam bidang ini, jawapannya adalah ya dan tidak.
2. Ya, anda akan untung sekiranya anda membeli emas dan Perak (Silver) pada harga yang sesuai iaitu membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Persoalannya bilakah harga yang rendah untuk membeli.
3. Biar saya ceritakan sedikit pengalaman berkaitan hal ini. Pada tahun 2011 dan 2012 saya pernah menasihatkan beberapa rakan agar menyimpan dahulu atau tunggu dulu hasrat untuk memberli Perak dan Emas kerana harga yang Terlalu tinggi. Emas dan Perak (silver) akan turun harga kata saya. Nasihat saya itu adalah atas dasar pengalaman saya memerhati dan belajar CHART Forex utk sekian lama walaupun saya belum PAKAR. Namun nasihat saya tersebut dilemparkan dengan jawapan sinis oleh mereka. Antara jawapan yang saya dapat ialah;
i. Emas dan Perak ni di sebut dalam Quran dan Sunnah... Kamu lebih hebat ke..?
ii. Quran dan sunnah kata Emas dan Perak akan tetap bernilai terutama di akhir zaman. Mana mungkin pulak kamu kata nak hilang nilai (turun)
4. Saya menjawab dengan ringkas. Jangan salah tafsir... kata saya... Emas dan Perak tetap bernilai tetapi barangan yang diniagakan pasti ada turun naik harga, itulah penjelasan dari saya. Berbanding barang lain saya juga YAKIN bahawa Emas dan Perak tetap bernilai tetapi pasti berlaku turun naik Nilai.
5. Maka mereka mengabaikan teguran saya dan ramai membuat pinjaman peribadi untuk membeli Emas dan Perak dengan Jumlah yang tinggi (termasuk Ratusan ribu) pada harga sekitar rm195/g kerana mereka yakin harga akan melonjak kepada rm250/g. Hal ini berlaku pada 2011 dan 2012. Dan Ahkirnya... Emas menjunam kepada RM 130/g.
6. Namun, sekarang Jun 2014 setelah harag emas dan perak menjunam selama 3 tahun. Dengan melihat pelbagai video online, membuat sedikit bacaan tentang kajian harga emas dan perak,... Mungkin saya salah... Tetapi setakat kajian yang saya lakukan 2014 ini adalah MASA SESUAI untuk memulakan SIMPANAN emas. Kebanyakan mereka merasakan 2014 adalah masa yang sesuai, maka saya hanya memanjangkan suara mereka mereka ini yang jelas TERSANGAT bimbang akan perkembangan dan KEMATIAN mata wang FIAT.
7. Mudah mudahan kita mengambil langkah yang betul dan tepat pada masanya. Lakukanlah kajian anda sendiri dan buatlah keputusan.

"Akan tiba satu zaman, yang mana tiada apa yang lebih bernilai dari Dinar dan Dirham, maka simpanlah emas dan perak untuk digunakan"