Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

PENGUMPUL Barangan ANTIK, PERMATA Serta PERAK

$
0
0

1. Nampaknya Pemikir ada satu HOBI baharu. Pun begitu, pemikir tetap memikirkan agar hobi ini tidaklah merugikan masa dan wang ringgit dalam jangka masa panjang. Oleh itu, hobi ini dipilih kerana ia memberikan peluang cerah untuk masa depan, rasanya... Hehehe... InsyaAllah....

2. Mungkin sedikit pengaruh dari siri 'Pawn Star' di Astro namun ia nampaknya memberikan inpirasi baharu kepada diri Pemikir untuk melakukan sesuatu yang boleh diwarisi kepada generasi seterusnya. Barangan antik, dan batu permata, semakin lama semakin berharga. Kosnya hanya membeli dan menjaganya dengan baik.


3. Tidak ketinggalan juga logam berharga seperti Perak. Pada asalnya Pemikir berkehendakkan emas sebagai bahan 'collectible' bagi hobi ini. Namun, kos mengumpul emas agak terlalu tinggi berbanding dengan kemampuan kewangan yang ada. Maka, perak menjadi pilihan memandangkan logam ini adalah logam yang bergerak seiring dengan emas dari sudut harganya.

4. Setakat ini Pemikir belum berhasrat menjadikan ini salah satu cabang pendapatan dengan melakukan jual beli secara serius. Tetapi sekadar mengumpul barangan berharga ini untuk menjadi warisan keluarga sehingga ke anak cucu.

5. Mungkin ramai yang bertanya kenapa timbulnya minat ini. Selain dari pengaruh Astro yang pemikir katakan sebelum ini. Hehehe... Hal ini juga di pengaruhi oleh rakan rakan yang telah terbukti berjaya dalam mendapatkan pendapatan lumayan melalui hobi ini. Semuanya bermula hanya dengan sekadar hobi sebagaimana Pemikir pada masa ini.

6. Tetapi setakat ini, Pemikir masih belum berjaya mengumpul barangan antik kerana tidak pakar dalam menilai keaslian dek kerana takut tertipu. Apatah lagi barangan antik ini sangat berkait rapat dengan perkara MISTIK yang kurang menjadi minat pada Pemikir. Mungkin hobi mengumpul barangan antik ini akan di singkirkan dari senarai hobi memandangkan setakat ini elemen mistik. Namun, sekiranya ada barangan mistik yang lebih kepada elemen SEJARAH, pemikir pasti mempertimbangkannya dengan serius.

7. Sesiapa ada hobi yang serupa, harap dapat berkongsi dengan Pemikir di sini. Bolehlah bertukar idea dan koleksi. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665