
Kali ini kita berbicara sedikit berkaitan tips kesihatan yang merujuk kepada buah pinggang. Semoga kita boleh memberikan sedikit perhatian dan seterusnya mengamalkan apa yang dirasakan atau terbukti benar.
Antara tips penting bagi menjaga kesihatan Buah Pinggang adalah seperti berikut.
1. Minum Banyak Air Kosong
Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. Emmm... Jeruk Penang terutamanya jeruk Pak Ali dah la memang Favorite kan kan kan... Boleh makan tetapi cuba kurangkan. 2. Kurangkan Makanan Segera
Memakan mee segera seperti mee maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai menyumbang kepada mudahnya mendapat penyakit buah pinggang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
3. Minuman PEKAT
Minuman pekat seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa tambahan yang juga dari bahan kimia. So.. kepada sesiapa yang sering mengunjungi Mamak tu hati hati Ok. lihat juga warna tehnya...
4. Minuman Coklat Dan BerGas
Pengambilan Coklat perlu dielakan (eeemmmmm sekali lagi my favourate) dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kandungan gula yang pada hakikatnya terlalu banyak yang secara langsung merosakkan buah pinggang.
5. Makan Diberikan HORMON / RANSANGAN
Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat!