Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Uji MINDA Anda Dengan 4 Soalan MUDAH

$
0
0
Entri kali ini Pemikir ingin berkongsikan sediki bahan bacaan yang melibatkan pengujian minda. ini adalah antara SOALAN yang menarik kerana pasti kita akan tersenyum bila kita selesai membaca dan menjawabnya. Mari uji tahap kepintaran anda dengan 4 soalan ini.


Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan PANTAS. Ingat, pastikan anda menjawab dengan PANTAS sekiranya benar benar hendak menguji MINDA. Anda tidak boleh mengambil masa dan perlu menjawabnya dengan segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda. Adakah anda telah bersedia... Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat soalan atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi..siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yangterakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesin kira-kira. Cubalah…
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk …jawapan.. ..
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan : Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4.Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan: Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:
Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
Jawapan : Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati Mudah sahaja. Pasti anda terbayang orang buta tersebut menggayakan bahawa dia tidak boleh melihat.

KONGSIKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK.

Ini adalah contoh MANIPULASI minda yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Boleh juga dipanggi sebagai Ilmu PUKAU yang saitifik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Love Life Quotes Collection


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE