Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

KHASIAT Pokok Terung Pipit

$
0
0
POKOK TERUNG PIPIT – Mengenang Zaman Kanak-kanak (idris bald)  Ketika menyusuri deretan peniaga kecil di Pasar Besar Melaka hujung minggu lalu, terdapat seorang peniaga menjual buah Terung Pipit. Apabila ditanya, peniaga tersebut memberitahu bahawa terung pipit enak dimakan. Caranya, buahnya ditumbuk sedikit untuk dipecahkan dan masukkan ke dalam sambal goreng ikan bilis atau campurkan bersama masak lemak cili api ikan sungai. Boleh juga dicelur buahnya dan cicah bersama sambal tempoyak sangat enak rasanya.    Jika kampong, anda akan dapati terung pipit tumbuh melata di kawasan belukar dan semak. Terung pipit dipercayai dibiak melalui penyebaran oleh unggas seperti burung yang gemar memakan buahnya. Mengenang kembali zaman kanak-kanak, buahnya dibuat peluru senapang mainan buatan sendiri menggunakan batang bemban yang dibentuk menyerupai senapang untuk mainan anak-anak kampong.  Terung Pipit (Solanum Tarvum) atau dikenali juga dengan nama terung rembang (rimbang),terung manggul, terung belanda atau takokak (Indonesia) termasuk dalam keluarga Solanaceae. Dalam setiap 100 g bahagian terung pipit yang boleh dimakan terdapat   89 g kandungan air, 2.0 g protein, 8.0 g karbohidrat, 1.0 serat dan juga kandongan vitamin B1 serta vitamin C.  Secara tradisi dikatakan penderitaan sakit perut boleh diubati dengan meminum air rebusan buah terung pipit. Selain dari itu akar pokok terung pipit boleh mengubati retak kulit pada kaki.   Apa yang menarik pokok terung pipit yang berkayu liat bercabang dan berduri ini berpotensi sebagai pembersih kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Oleh itu ia sesuai ditanam di tepi-tepi longkang yang tercemar bagi tujuan tersebut, namun pokok yang ditanam di tepi longkang ini tidak sesuai dijadikan sumber makanan manusia bagi menggelakkan dari keracunan. Beberapa spesis pokok terung pipit mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maiti et al., 1979). Putik terung pipit juga dikatakan boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut atau ‘gastrointestinal’ yang berpunca dari ‘solanaceous steroidal glycoalkaloids’ (SGAs).
POKOK TERUNG PIPIT – Mengenang Zaman Kanak-kanak (idris bald)

Ketika menyusuri deretan peniaga kecil di Pasar Besar Melaka hujung minggu lalu, terdapat seorang peniaga menjual buah Terung Pipit. Apabila ditanya, peniaga tersebut memberitahu bahawa terung pipit enak dimakan. Caranya, buahnya ditumbuk sedikit untuk dipecahkan dan masukkan ke dalam sambal goreng ikan bilis atau campurkan bersama masak lemak cili api ikan sungai. Boleh juga dicelur buahnya dan cicah bersama sambal tempoyak sangat enak rasanya.

Jika kampong, anda akan dapati terung pipit tumbuh melata di kawasan belukar dan semak. Terung pipit dipercayai dibiak melalui penyebaran oleh unggas seperti burung yang gemar memakan buahnya. Mengenang kembali zaman kanak-kanak, buahnya dibuat peluru senapang mainan buatan sendiri menggunakan batang bemban yang dibentuk menyerupai senapang untuk mainan anak-anak kampong.

Terung Pipit (Solanum Tarvum) atau dikenali juga dengan nama terung rembang (rimbang),terung manggul, terung belanda atau takokak (Indonesia) termasuk dalam keluarga Solanaceae. Dalam setiap 100 g bahagian terung pipit yang boleh dimakan terdapat 89 g kandungan air, 2.0 g protein, 8.0 g karbohidrat, 1.0 serat dan juga kandongan vitamin B1 serta vitamin C.

Secara tradisi dikatakan penderitaan sakit perut boleh diubati dengan meminum air rebusan buah terung pipit. Selain dari itu akar pokok terung pipit boleh mengubati retak kulit pada kaki.

Apa yang menarik pokok terung pipit yang berkayu liat bercabang dan berduri ini berpotensi sebagai pembersih kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Oleh itu ia sesuai ditanam di tepi-tepi longkang yang tercemar bagi tujuan tersebut, namun pokok yang ditanam di tepi longkang ini tidak sesuai dijadikan sumber makanan manusia bagi menggelakkan dari keracunan.
Beberapa spesis pokok terung pipit mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maiti et al., 1979). Putik terung pipit juga dikatakan boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut atau ‘gastrointestinal’ yang berpunca dari ‘solanaceous steroidal glycoalkaloids’ (SGAs).

Sumber : Facebook Jabatan Pertanian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Best Love Life Quotes Collection


Confidence Quotes – Confident Quotes


Problema Quotes – Pera Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear