
1. Ramadhan Al Mubarak. Terima Kasih kerana sudi menjenguk aku sekali lagi. Alhamdulillah... Aku memanjatkan banyak banyak kesyukuran kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan Al-Mubarak lagi pada tahun ini iaitu tahun 2013.
2. Semua telah tahu betapa ramadhan membawa pelbagai rahmat yang dijanjikan Allah kepada sekalian umat manusia di muka bumi ini. Pada bulan ini Syaitan dirantai, pintu neraka ditutup dan semua pintu syurga dibuka seluas luasnya sebagai rahmat terbesar Allah kepada umat manusia. Pahala amalan digandakan dan doa dimakbulkan. Malah pelbagai lagi...
3. Saya bukanlah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi untuk mengulas panjang. Namun Pemikir ingin berkongsi sedikit kenapa ramadhan ini sangat penting pada diri pemikir.
4. Sebagaimana insan lain yang juga mencari hidayah dan redha Allah, pemikir tidak malu untuk mengatakan bahawa amalan pemikir setiap tahun bagaikan terhakis sehinggalah Ramadhan memberikan peringatan dan ternyata ramadahan adalah 'ubat' paling mujarab untuk kembalikan semua itu pada keadaan yang lebih baik. Alhamdulillah...

6. Bersempena dengan ini juga, Pemikir ingin menyusun jari memohon kemaafan bersempena ketibaan ramadhan. Seandainya ada salah dan silap, selama ini mohon dimaafkan. Semoga dengan itu ramadhan kali ini akan merubah diri pemikir pada tahap yang tidak pernah aku CAPAI selama ini dan berjaya melaksanakan ibadah dengan penuh JAYANYA.
7. Selamat BERPUASA dan Beribadat Kepada Semua. Aminnnn Ya Allah...