Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

BERCITA CITA Menjadi ASKAR : Guru Gelak TERBAHAK Bahak

$
0
0
BERCITA CITA Menjadi ASKAR : Guru Gelak TERBAHAK Bahak

1. Zaman kanak kanak ku sesuatu yang tidak menentu. Dalam kesempitan segalanya, aku juga seperti kanak kanak lain mempunyai cita cita tinggi. Setinggi mana, itu mungkin sesuatu yang subjektif. Seandainya zaman kanak kanak ku adalah sebagaimana masyarakat hari ini, aku cukup yakin cita cita aku pada masa itu tentunya ingin menjadi Artis.

2. Tak perlu lah bercerita panjang lebar. Kita terus kepada kenapa Pemikir pada masa itu ingin menjadi seorang askar. Perkara pertama ialah kerana ada dikalangan keluarga (keluarga jauh) yang menjadi askar dan itu sahajalah yang menonjol. Pasti juga anda masih ingat akan cerita 'Darah Satria' lakonan A. Galak dan Aman Shah. Inilah barisan kita......

3. Darah satria adalah satu drama bersiri yang sangat popular di kampung saya pada masa itu. Mungkin juga kerana Malaysia ada pengalaman dengan Kominis yang pastinya menjadi igauan ngeri masyarakat yang terlibat. Termasukklah sebahagian dari orang orang tua kampung Pemikir. 

4. Di pendekkan cerita, Pemikir mempunyai pengalaman yang memalukan berkaitan cerita askar ini. Kejadian ini berlaku ketika aku ditemuduga untuk menjadi pengawas sesi petang ketika tingkatan 1. Mungkin aku terpilih kerana aku merupakan ketua pengawas ketika sekolah rendah sebelumnya.

"Apa cita cita kamu ?" soal cikgu ku ringas setelah beberapa soalan lain yang aku jawab dengan penuh yakin.

"Askar, jawabku seyakin sebelumnya"

"Kenapa kamu nk jadi askar," soal guru ku seterusnya

"Saya nak menentang kominis..." Jawabku penuh yakin

hahahahahahahahehehehe jdsajhda d5271876uadya6277a... Riuh satu bilik guru bila ada diantara guru yang menemuduga aku memaklumkan mereka.

"Awak tau tak komonis dah lama menyerah kalah... katanya sambil ketawa"

fuhhhh malunya pada mas itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Tu la fikirku dalam hati. Pengaruh tv. 

Tetapi memang benar pada hakikatnya di masa itu tempat aku sangat sangat ketinggalan dari segi isu semasa. apa yang menjadi kerunsingan penduduk sekeliling hanyalah bagaimana hendak mencari rezeki mengisi perut.'

hehehe cukuplah sekadar itu cerita dari saya harii ini. Kalau nak gelak gelak la... no heart feeing... hehehe memang lawak pun kalau difikirkan balik. hahaha

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665