1. Sebagai orang baharu di alam bloging ini dan sebagai seorang blogger yang masih mentah, Pemikir sedikit keliru dengan kepentingan atau keutamaan terhadap Page Rank dan Ranking Alexa.
2. Hampir semua blog meletakkan button kedua dua statistik ini menunjukkan betapa pentingya statistik ini kepada empunya blog, blogger, pengiklan atau mungkin para pembaca dan pengikut setia blog tersebut.
3. Tetapi bila melihat kepada anugerah BLOGGER yang dianjurkan oleh banyak pihak. Blog yang PR rendah dan Ranking Alexa rendah pun boleh menjadi pemenang. Walhal kalau merujuk kepada statistik ini, kita telah hampir pasti tahu blog mana yang lebih Glamour sama ada mengikut ranking atau page rank. Tidak perlulah saya namakan anugera anugerah apa yang saya maksudkan. Rasanya semua sedia maklum akan anugerah terkenal untuk para blogger di Malaysia sama ada dianjurkan oleh swasta atau kerajaan.
4. Kenapa pula tiada anugerah seperti "Blogger Terbaik Ranking Alexa, atau Blogger terbaik Page Rank Google" sedangkan kedua dua ini adalah sangat penting untuk menilai kualiti blog tersebut.? Mohon rakan blogger untuk membantu dalam memberikan PENCERAHAN lanjut dalam hal ini untuk membantu blogger blogger baharu seperti saya.
5. Sebelum terlupa, Trafik Rank Alexa terbahagi kepada DUA, trafik rank Alexa (global) atau Trafik Rank in MY (Malaysia). Yang mana lebih bermakna. Pemikir bertanya hal ini kerana, ada trafik rank Global sangat baik tetapi trafik rank di MY tidak kemana. Ada Trafik rank di Malaysia ok tetapi trafik rank Global jauh lebih rendah.

6. Confuse... confuse... Atau mungkin juga ada RAHSIA disebalik penilaian blog yang dibuat oleh para penganjur anugerah untuk BLOGGER atau BLog terbaik setiap tahun yang orang baharu seperti saya tidak tahu. Kalau ada, harap ada yang sudi untuk berkongsinya di sini.
7. Harap maklum