Pendapatan BLOG Suara PEMIKIR Selama SETAHUN Bersama Nuffnang
Sedikit perkongsian kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui BLOG. Memang jauh berbeza dengan pendapatan blog Pemikir yang pernah menggunakan Google AdSense sebelum ini, tapi apa kan daya Akaun Google AdSense telah di Block oleh Google.
Apa pun Pemikir pernah bertanya dan menleiti cerita beberapa rakan serta merujuk kepada beberapa blogger terkenal akan hal ini. Sebagi contoh, pendapatan red mummy pada tahun kedua hanyalah sekitar ratusan ringgit tetapi setelah tahun ketiga pendapatan beliau secara purata bulanan mencecah 5 angka yang tentunya rm 10k dan keatas.
Memang menjadi seorang blogger ini memerlukan kesabaran dan tempoh masa yang agak panjang untuk mendapat tempat di alam maya. Pasti asa yang memandang lekeh dan mungkin juga tergelak dengan pendapatan RM 186.++ untuk setahun ini dan ia tentunya bukanlah sesuatu yang lumayan, tetapi nilai itu pasti akan bertambah dari tahu ke tahun selari dengan bilangan entri atau post di blog tersebut. Saya tidak malu untuk berkongsi perkara ini kerana hal ini pernah dilalui kesemua blogger terkenal dan berpendapatan tinggi pada awalnya. Jumah tersebut pun sebenarnya telah melebihi jangkaan awal saya setelah membuat sedikit kajian tentang program pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang.
Apatah lagi kesibukan yang teramat membuatkan saya lebih banyak berkongsi artikel dan gambar gambar serta video menarik dari blog lain dan tentunya ia kurang memberikan impak dan perhatian dari pembaca. Menulis artikel sendiri untuk blog pada masa ini sangat tidak dapat dilakukan kerana kesibukan tugasan sebagi seorang pelajar lepasan siswazah yang harus menumpukan kepada Research dan penulisan ilmiah.
Teruskan usaha untuk melonjakkan ranking blog anda dan pastikan anda layak untuk menyertai perogram iklan online yeng memberikan pulangan yang lebih lumayan seperti KOMLI, INNITY, dan sebagainya. Walaupun sedikit sukar kerana blog ini bukanlah blog politik atau blog artis yang sentiasa panas atau blog yang memaparkan gambar gambar serta cerita cerita berunsurkan fitnah dan seks, namun, sesuatu yang baik dan ilmu yang disampaikan merupakan pilihan terbaik untuk di dunia dan akhirat.
Good Luck Blogger blogger semua. Saya akan menyusul dengan lebih banyak artikel sendiri setelah selesai tanggungjawab utama pada masa ini. InsyaAllah...
Oleh : Pemikir