JEREBU : Indonesia TIDAK Belajar Dari PENGALAMAN
1. Jerebu teruk di Malaysia dan Singapura dan juga tentunya di negara 'Pengeluar' Jerebu Indonesia berlaku sejak 2007. Hal ini akan berlaku setiap tahun hingga meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan penduduk di ketiga tiga negara berjiran itu selain mengganggu aktiviti harian termasuk perniagaan dan perlancongan.
2. Namun, dalam pengalaman yang panjang itu, apa yang jelas kelihatan disebalik pemandangan berjerebu yang kabur hanyalah ; 'Indonesia TIDAK Pernah Belajar Dari Pengalaman".
3. Jerebu yang berulang setiap tahun malah apa yang amat disesali adalah, ia semakin memburuk dari tahun ke tahun terutamanya tahun 2013 ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Indonesia tidak pernah belajar dari sejarah dan pengalaman lalu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
4. Sesuatu yang menyedihkan apabila reaksi dari beberapa pemimpin tempatan Indonesia yang menafikan bahawa jerebu ini adalah hasil kebakaran di negara Mereka lantas menyalahkan pihak lain pula. Lebih pelik bila penafian itu disertai dengan pengakuan bahawa terdapat ratusan TITIK PANAS (kawasan kebakaran) di Indonesia tetapi tidak mengaku bahawa itu adalah puncanya. Pelik bukan...
Clik here to view.

5. Apa pun, Pemikir mengharapkan agar pihak berkuasa Indonesia lebih tegas dan bertindak bijak dalam menangani hal sebegini. Perasaan hormat terhadap negara jiran yang 'Diganggu' setiap tahun perlu diletakkan dalam pertimbangan SERIUS. Selain itu, Malaysia dan Singapura turut harus bekerjasama terhadap aktiviti syarikat mereka yang beroperasi di Indonesia (perladangan) yang turut menyumbang kepada keadaan jerebu ini.
6. Semoga tiada lagi jerebu di masa akan datang. Sebagaimana ladang ladang di Malaysia yang telah mengamalkan 0 burning untuk memusnahkan tanaman yang hendak ditanam semula, hal ini perlu juga dilakukan di Indonesia memandangkan hasil dari Sawit adalah lumayan dan cukup untuk tujuan itu.
7. Penuh berharap, Pemikir.
Untuk itu, kepada anda semua. Ambillah langkah yang perlu untuk kesihatan diri semasa jerebu ini.