Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Buka TUDUNG Jika Mahu Jadi JURURAWAT Di Hospital KAMI...!!!

$
0
0
image

Buka Tudung Untuk Jadi Jururawat: Kerajaan Pahang Akan Siasat



Seandainya ini benar benar berlaku. Sesuatu yang sangat mengejutkan apabila perkara sebegini berlaku di sebuah negara Islam seperti Malaysia yang tidak pernah menghalang hak kebebasan beragama walaupun Islam adalah agama rasmi persekutuan.

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.
“Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.

“Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik,” katanya ketika kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas “surat pembaca” dalam sebuah akhbar pada Selasa yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu. - BERNAMA

Apa pun, kita tunggu siasatan yang dilakukan sebelum melakukan apa jua tindakan yang termampu seperti MEMBOIKOT Hospital yang terlibat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665