Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

RnR RTC Perak :BEGINILAH Bagaimana RnR Sepatutnya DISEDIAKAN

$
0
0

1. Setelah sekian laman tidak menyusuri laluan lebuhraya PLUS. Pada beberapa hari yang lalu Pemikir sekali lagi berkesempatan untuk berbuat demikian setelah sekian lama.

2. Betapa nikmatnya memandu dalam keadaan jalan yang sangat baik dan perasaan itu amat ketara pada diri pemikir yang telah sekitar 4 tahun menempuh jalan persekutuan menuju ke Terengganu. Pemandagan yang indah dan perjalanan serta pemanduan yang sangat selesa.

3. Namun, bukan itu yang cuba Pemikir ceritakan pada kali ini. Dalam perjalanan tersebut, pemikir cuba untuk berhenti di hentian RnR Tapah. Tetapi, sebagaimana kebiasaan... Penuh dengan manusia.... Tambahan pula kerja kerja naiktaraf sedang dijalankan. Maka Pemikir kembali menyusuri lebuhraya dengan matlamat untuk berhenti di RnR sungai Perak.

4. Dalam perjalanan itu, pemikir melihat satu yang baharu di papan tanda. RnR RTC Perak. Maka secara langsung Pemikir berhasrat untuk singgah dan melihat apa yang ada di situ dengan perasaan ingin tahu yang tinggi.

5. Setelah tiba, kekaguman Pemikir telah tersemat dengan pemandangan yang tersergam indah. Kawasannya luas, tempat makan, SURAU taman permainan dan tempat membeli belah memang sangat memenuhi keperluan seornag pemandu yang telah melalui perjalanan yang jauh.

6. Kepada mereka yang mencari kawasan rehat yang sesuai ketika menyusuri PLUS highway, pemikir berpendapat inilah tempatnya. Malah, Pemikir mengharapkan lebih ramai syarikat menyediakan hentian sebagini sepanjang perjalanan agar pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665