Quantcast
Channel: Suara Pemikir
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Kembali Pada ADVERTLETS Setelah Selesai Tempoh PERCUBAAN Terhadap Nuffnang

$
0
0


Kembali Pada ADVERTLETS Setelah Selesai Tempoh PERCUBAAN Terhadap Nuffnang

1. Kalau anda perasan, Pemikir kembali menggunakan iklan Advertlets setelah melihat tiada lagi iklan yang berunsur lucah diperhatikan sekian lama. Pemikir merasakan bahawa pihak Advertlets telah sedar akan impak hal ini kepada perniagaan mereka. Terima kasih Advertlets kerana mendengar suara hati para pengguna.

2. Maka, atas dasar itu Pemikir kini mencuba nasib dengan program iklan Advertlets untuk satu tempoh yang belum pasti, tetapi tidak akan kurang dari 6 bulan. Setelah itu baharulah membuat perbandingan program Advertlets dan Nuffnang terutamanya namun tidak melupakan program program lain yang sealiran.


3. Tidaklah boleh Pemikir mengatakan bahawa Pemikir telah kecewa dengan Nuffnang. Namun, percubaan terhadap beberapa program pengiklanan lain akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pemikir untuk perancnagan jangka panjang terhadap sasaran Pemikir di alam Blogging.

4. Sebenarnya kalau mengikut perancangan, telah lama Pemikir perlu menukar kepada Advertlets namun beberapa paparan iklan Advertlets sebelum ini, sebagaimana yang pemikir sebutkan di awal tadi membataskan hasrat tersebut. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai pada hemat Pemikir, berdasarkan beberapa faktor yang dipertimbangkan.

5. Kepada rakan rakan yang telah mencuba kedua progam ini. Pemikir harap rakan rakan blogger sekalian dapat memberikan sedikit pandangan dan cadangan di ruang komen. Terima kasih

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665