Lepak sekejap selepas satu hari yang panjang (mencabar) dengan membentangkan proposal untuk penilaian kelayakan dan kesesuaian menjalankan kajian seterusnya pada peringkat pengajian post graduate.
Bukan senang dapat lepak sebegini dan ada alasan untuk rehat dari membuat kajian dan menulis beberapa patah perkataan untuk dikongsi bersama pembaca. Selama ini jarang sekali blog ini di kemaskini dengan hasil tulisan sendiri. Semuanya kerana kesibukan yang amat sangat.
Apapun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para pembaca sekalin untuk terus mengikuti blog yang banyak copy paste ini. Insya Allah seandainya ada peluang saya kan kemaskini blog ini dengan cerita cerita terkini yang menarik sama ada berkaitan diri saya atau tidak.
Menulis bahan kajian memang menjadikan kita seorang yang terpasa melupakan kebanyakan hal harian termasuk perkara yang kita meninati seperti blogging. Namun, itulah yang dinamakan pengorbanan dalam hidup. Namun sekali lagi saya katakan bahawa menikmati minuman coklat bercip sebegini bukannya selalu. Fuhhhhh....
Atas alasan itu jugalah blog ini semakin ditinggalkan ranking. Apa pun itu bukan matlamat utama Pemikir blogging. Biarlah saya teruskan niat blogging untuk berkongsi cerita dengan orang ramai. Cukup dulu setakat ini. Thanks
Atas alasan itu jugalah blog ini semakin ditinggalkan ranking. Apa pun itu bukan matlamat utama Pemikir blogging. Biarlah saya teruskan niat blogging untuk berkongsi cerita dengan orang ramai. Cukup dulu setakat ini. Thanks