Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 665

Harga KERETA Pasti Akan TURUN – Menteri Perdagangan

Image may be NSFW.
Clik here to view.

KUALA LUMPUR - Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini menurun secara purata 7.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya, di sini, hari ini. – Bernama/BH

Viewing all articles
Browse latest Browse all 665