Seruan PERPADUAN Oleh Menteri Kerja Raya Malaysia bersempena sambutan hari wesak.
Untuk Kandungan Penuh sila Lihat Di bawah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya kepada kita dan negara kita.
Sesungguhnya kita di Malaysia ini dirahmati dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan. Inilah yang menjadikan kita sebuah bangsa dan negara yang unik dan contoh kerana kita boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
Sikap toleransi dan saling hormat menghormati yang telah lama diamalkan kita seharusnya dipertahankan kerana ianya menjadi salah satu asas kepada Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Generasi muda kita seharusnya dididik untuk terus menghargai dan mempertahankan nilai murni ini agar kemakmuran dan kemajuan negara diteruskan.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (akan keadaan dan amalan kamu)." Al-Hujurat:13
Justeru saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar terus menyanjungi nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip luhur yang kita percayai agar persefahaman dan kerjasama erat di kalangan kita dapat ditingkatkan dan dipertahankan.
Selamat Menyambut Hari Wesak untuk semua penganut agama Buddha. Semoga perpaduan ini berkekalan hingga ke akhirnya supaya kita dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai yang menjadi asas untuk kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Fadillah Haji Yusof
Sumber : Fadillah Yusof Facebook