
1. Sajak ini Pemikir tulis ketika berada di Kolej Canselor UPM. Pada ketika itu Pemikir minat untuk menulis sajak dan juga mendeklamasi sajak. Chee waah. Angkat bakul nampak? Namun bukanlah serius sebagai kerjaya tetapi sekadar minat.
2. Sajak ini pernah diterbitkan dalam majalah Kolej Canselor UPM dengan nama penulis Teratak Usang. Sesuatu yang membanggakan Pemikir ketika itu adalah; Beberpa wanita atau rakan sekolej telah bertanya kepada pemikir siapakah yang menulis sajak tersebut. pemikir berkata. Tak tahu. lalu dia menyambung bicara, "sajak itu sangat menghargai wanita... siapalah penulisnya. Teringin nak kenal." Pemikir hanya tersenyum dan menjerit kegembiraan dalam hati. Banggalah tu kannn..
3. Sama ada sajak ini masih boleh dikatakan menarik sekarang Pemikir tidak pasti. maklumlah zaman telah berubah dan sajak ini ditulis sekitar 2002-2003. Hehehe bacalah sendiri ye...
Mutiara di dasaran
Engkau terbiar lama bukan tersadai
Engkau tidak diganggu bukan di jaga
Engkau bersinar bukan berkilau
Engkau di cari bukannya hilang
Atas kemuliaan pemberian tuhan
Engkau terasing tapi dirindui
Engkau di gubah kerana dihargai
Menambah suci menabur seri
Engkau dilepaskan, penuh hormat dan tradisi
Mutiara di dasaran
Saat engkau tiba di permukaan
Mentari redup memberi penghormatan
Hujan turun kesedihan
Tahu engkau akan tujui simpang siur perjalanan
Permukaan yang bergunungan
Mutiara di dasaran
Tika dan saat itu
Berpasang pasangan mata pasti terpikat
Berjuta tangan cuba mengapai
Berjuta hatilah akan terkulai
Juga berjuta jiwa akan kecewa
Kerana tidak semua engkau terima
Mutiara dasaran
Insan mana yang tidak menghargaimu
Insan mana mimpinya tidak Menjemputmu
Insan mana yang tidak tahu menilai tahta agung milikmu
Ayah, bonda, lautan malah seluruh belantara berdiri Menyanjungmu.
Mutiara dasaran
Pandai-pandailah engkau membawa diri
Kerana engkau akan pergi jua
Mengharungi lalauan itu bersendirian
Dan ingatlah
Pasti makhluk-makluk lakhnatullah
Membuka simpang siur jalan suka buatmu
Pilihlah jalan yang menuju padaNya
Dan dasaran inilah peta penunjuk arah buatmu
Sejahteralah engkau mutiara dasaran.
Oleh : Pemikir
Hakcipta : www.suarapemikir.com